Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah berita yang mengejutkan apabila Nike selaku jenama sukan popular memaklumkan untuk hentikan penjualan di Israel seawal tahun hadapan. Langkah yang dibuat Nike membuatkan ramai yang beranggapan Nike mahu memboikot Israel.

Dalam pada itu, Nike tampil memaklumkan tujuan menghentikan penjualan di Israel adalah disebabkan perubahan polisi terbaru mereka. Difahamkan perubahan yang dibuat jelas bakal memberi kesan besar kepada ratusan kedai sukan sekitar Israel sekaligus ekonomi negara tersebut.

Untuk pengetahuan, bukan sahaja Nike yang memilih untuk menghentikan penjualan di Israel malah, syarikat ais krim popular iaitu Ben & Jerry’s turut mengumumkan perkara yang sama.

Selain itu, adidas sebelum ini turut mengumumkan untuk tidak menaja liga bola sepak Israel namun menolak spekulasi di mana langkah yang dibuat tidak mempunyai kaitan dengan keadaan politik Israel.

Ketahui bagaimana Casey Neistat berjaya ‘mengikis’ duit Nike sebanyak RM300,000 dalam usaha menghasilkan iklan hebat ini.

Bagaimana Casey Neistat ‘Kikis’ Duit Nike Sebanyak RM300,000 Untuk Pusing Dunia Hasilkan Iklan Hebat Ini

Sangka Tiada Nilai, Lelaki Ini Berjaya Jual Kasut Nike Ini Dengan Harga RM23,000

Anda Mungkin Suka