Pada kali ini, Nike telah memperkenalkan sebahagian daripada koleksi menarik mereka iaitu Koleksi Tokyo Neon yang dihasilkan  khas bagi meraikan “Japanese Nightlife” untuk rakyat Jepun sahaja.

Koleksi Tokyo Neon ini terdiri daripada Kemeja-T hitam, hoodie dan jaket berzip hitam dengan keseluruhan tanda ‘Swoosh’ serta kasut Air Max yang dihasilkan dengan keseluruhan warna neon yang tebal yang menjadikan setiap grafik jauh lebih jelas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nike juga melancarkan Air Max 98 dan Air Max 90 dengan rekaan yang hampir sama iaitu kedua-dua kasut tersebut dihasilkan dalam warna hitam yang digabungkan dengan warna kuning, oren dan merah jambu.

Koleksi Tokyo Neon ini akan berada di pasaran dan butik-butik terpilih pada 16 Februari ini dan dijangka akan menjadi koleksi eksklusif di pasaran Jepun.

 

0A072859-99A4-44E8-99B1-A9DFE7839977

atmos-nike-tokyo-neon-collection-release-date-price-info-02-1200×800

atmos-nike-tokyo-neon-collection-release-date-price-info-03-1200×800