Nike kali ini bakal mengeluarkan model terbaru iaitu kasut Nike Air More Money. Warna hitam dan platinum telah dipilih sebagai tema selepas warna hitam dan putih dikeluarkan pada bulan lepas.

Model ini dihasilkan menggunakan kulit yang premium pada bahagian atas dan fabrik mesh pada bahagian underlay supaya mudah udara memasuki pada bahagian kaki si pemakainya.

Terdapat juga elemen platinum pada tempat penbuka iaitu di bahagian signature. Logo swoosh dapat ditemui di bahagian tepi kasut.

Harga untuk sepasang kasut Nike Air More Money ialah $160 (RM 620.80) dan anda boleh mendapatkannya di laman web Nike bermula hari ini.

Nike-Air-More-Money-Black-Pure-Platinum-1

Nike-Air-More-Money-Black-Pure-Platinum-2

Baca: Kenali Sean Wotherspoon, Pereka Sneakers Nike Paling Hype Untuk 2018