Selepas isu Jenama Off-White™ menyaman penjual barangan cetak rompak, jenama Nike menjadi jenama seterusnya telah menjadi jenama terbaru untuk menghapuskan kegiatan jualan cetak rompak barangan mereka.

Dalam tuntutan baru di Organisasi Harta Intelek Sedunia (WIPO), Nike telah memenangi hak untuk menutup 20 laman web kasut cetak rompak yang telah didaftarkan sebagai berniat jahat. Antara laman disenaraikan sebagai laman menjual barangan cetak rompak ialah NikeAirMax97.com, ShopsNikeUKUutlet.com dan Nike-Trademark.com.

Ini bukan kes pertama di mahkamah untuk tahun ini, pada awal tahun 2018 jenama ini telah mengenakan tuntutan undang-undang terhadap PUMA kerana penggunaan teknologi Fabrik Flynit Nike.