Dalam usaha mengurangkan pembaziran, Nike memperkenalkan program ‘Nike Refurbished’ di mana mereka akan menjual kembali kasut yang sebelum ini dipulangkan oleh pelanggan atau mempunyai kecacatan kecil pada kasut tersebut.

Setiap kasut ini akan dijual dalam kotak khas berwarna coklat di mana setiap kasut akan dicuci, dibentuk dan dicantikkan semula sebelum ia kembali ke butik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdapat 3 gred kasut untuk set Nike Refurbished ini: Like New (dipakai sehari atau dua hari sebelum dikembalikan ke Nike), Gently Worn (dipakai dalam satu tempoh yang lama) dan Cosmetically Flawed (kecacatan kecil ketika proses pembuatan di kilang).

https://www.instagram.com/p/CNm2ttlAFv4/

Bagaimana kasut-kasut ini dipilih untuk Refurbished? Selepas pelanggan memulangkan kasut di butik (kerana sebab tertentu), akan ada seorang individu memerika kasut berkenaan dan memberi gred kepada kondisi kasut tersebut. Kemudian, ia dihantar ke satu lokasi di mana kasut-kasut ini akan dicantikkan kembali hampir kepada kondisi brand new dan dihantar semula ke butik.

Harganya? Setiap kasut akan dijual mengikut jenis kasut berkenaan dan kondisi akhir kasut tersebut. Jadi, kemungkinan untuk dapat kasut rare seperti Air Jordan dan Nike Dunk itu ada menerusi program Nike Refurbished ini. Dan dalam masa 60 hari, jika pembeli tidak berpuas hati dengan kasut berkenaan, mereka boleh pulangkannya semula!

Setakat ini, 15 butik Nike di Amerika Syarikat telah menerima kasut Refurbished ini dan ini merupakan inisiatif jangka panjang Nike untuk mengurangkan sampah pada alam sekitar. Setakat ini Nike Refurbished cuma ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Mungkin tidak lama lagi, program ini akan diperkenalkan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ini artikel lain berkaitan Nike yang tular sebelum ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Guna Darah Manusia Sebenar, Nike Saman Pembuat Model ‘Satan Shoes’

Kelihatan Seperti Kain Lusuh, Baju ‘Vintage’ Nike Ini Berjaya Dijual Pada RM37,500

Nike ZoomX Vaporfly Next% 2 Sudah Mulai Ditawarkan Dengan Harga RM895