Jenama Nike hari ini telah melancarkan set jersi terbaharu untuk pasukan bola sepak Malaysia.

Dengan tema rekaan haiwan kebanggaan Malaysia iaitu Harimau Malaya Nike telah mereka jersi ‘home’ berwarna kuning dengan belang harimau pudar. Untuk Logo Persatuan Bola Sepak Malaysia dan ‘swoosh’ Nike, mereka meletakkan pada bahagian kanan dan kiri baju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seterusnya rekaan baju ‘away’ pula Nike Mengambil ispirasi dari warna bendara Jalur Gemilang iaitu warna biru dan merah menjadi pilihan mereka. Rekaan jersi ‘away’ amat berbeza dengan ‘home’ kerana ia solid dan kosong tiada corak seperti baju utama. Untuk warna merah pula dibahagian lengan baju. Seluar putih dan stoking biru pula bakal menjadi pilihan untuk skuad negara kita untuk melengkapi set jersi ini.

Pengenalan baju baharu ini pasti penaik semangat untuk pasukan negara pada kejohanan kejohanan yang bakal berlangsung seperti Piala AFF Suzuki, U-16 Asia dan Sukan Asia Jakarta tak lama lagi.

stunning-nike-malaysia-2018-19-home-away-kits (2)

stunning-nike-malaysia-2018-19-home-away-kits (3)