Sebut sahaja Spongebob Squarepants pasti mengamit memori zaman kanak-kanak anda. Jika dahulu program animasi Spongebob Squarepants sering ditayangkan dan karakter-karakternya seperti Squidward, Patrick, Sandy, Mr. Krabs, Sandy dan banyak lagi menjadi antara sebab utama anda menonton ia.

Baru-baru ini, Nike telah perkenalkan  koleksi kasut Spongebob Squarepants bersempena dengan ulang tahun ke-20 program siri animasi tersebut. Rekaan ini merupakan hasil kolaborasi antara Disney dan juga Kyrie Irving.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Screenshot 2019-08-01 at 12.42.03 PM

Menariknya, koleksi ini hadir dengan 5 rekaan berbeza dimana mengetengahkan 5 karakter dalam program siri animasi tersebut. 5 karakter tersebut adalah Spongebob Squarepants dimana hadir dengan rekaan berwarna kuning, Squidward yang hadir dengan warna hijau, dan Patrick hadir dengan warna merah jambu. Manakala Mr. Krabs hadir dengan warna merah dan Sandy hadir dengan warna putih.

Jika dilihat, setiap warna sangat sesuai dengan karakter yang ditampilkan. Malah, pada bahagian dalam setiap kasut, ia diletakkan gambar karakter-karakter tersebut. Harga untuk koleksi ini bermula daripada $130 (~RM536) dan tersedia di pasaran pada 10 Ogos 2019 ini. Jika anda berminat untuk membeli koleksi ini, anda boleh dapatkan di laman sesawang ini.

patrick

patrick2

Screenshot 2019-08-01 at 1.07.55 PM

krabs

Screenshot 2019-08-01 at 1.07.41 PM

squidward

Screenshot 2019-08-01 at 1.07.27 PM

sandy

Anda Mungkin Suka