Nike kali ini memperkenalkan koleksi terbaru kasut yang mempunyai warna berbeza sempena koleksi 2019 dengan pengeluaran koleksi kasut dalam versi “Vintage” iaitu Nike Blazer Mid 77 Vintage Gel Patchwork.

Koleksi Blazer versi Vintage ini mempunyai dua koleksi yang unik yang direka khas dengan corak berbeza ini hadir dengan dua warna berbeza namun masing-masing dilengkapkan dengan corak checkerboard pada bahagian sisi kasut.

Kedua-dua koleksi ini mempunyai corak yang sama yang dihasilkan khas dengan sentuhan kulit harimau bintang dan ‘Volt’ pada bahagian sekitar buku lali dan lidah kasut. Tanda ‘Swoosh’ pada kedua-dua kasut tersebut agak berlainan dimana salah satunya mempunyai tanda ‘Swoosh’ dengan keseluruhan kulit harimau bintang manakala sebuah lagi model mempunyai tanda “Swoosh” yang bercorak checkerboard.

Pengeluaran koleksi terbaru Nike Blazer Mid 77 Vintage Gel Patchwork ini masih belum mempunyai tarikh yang tetap untuk pelancarannya. Nantikan sahaja maklumat rasmi mengenai koleksi kasut tersebut di laman rasmi mereka.

photo_2019-02-14_11-05-36 photo_2019-02-14_11-06-58