Jika sebelum ini Nike pernah menghasilkan kasut edisi khas untuk peminat PlayStation pada bulan Februari yang lalu, kini Nike tampil dengan model PG2.5 x PlayStation.

Menerusi model kali ini, Nike masih lagi mengekalkan skema warna kelabu yang kelihatan seperti konsol PlayStation yang asal. Jika dilihat pada model PG2.5 ini, ia kelihatan sama seperti model kolaborasi sebelumnya dalam menampilkan logo PG dan PlayStation pada lidah mereka yang boleh dinyalakan.

Menariknya model PG2.5 ini, mempunyai simbol-simbol daripada DualShock pada tali tengah dan kawasan belakangnya. Malah, nama Paul George selaku pereka serta pemain basketball yang memain peranan dalam penghasilan model ini turut diletakkan dibahagian belakang. Model PG2.5 ini bakal menemui para peminat bermula 1 Disember ini.