Produk performance hijab keluaran Nike ini akan berada di pasaran Malaysia bermula 15 Februari ini. Ini adalah salah satu usaha murni syarikat Nike untuk memberi keselesaan yang terbaik kepada atlet mereka yang berhijab.

Nike Pro Hijab diperbuat daripada kain yang ringan serta mampu memberi pengudaraan yang terbaik kepada yang menggunakan hijab ini. Manal Rostom adalah salah seorang atlet yang telah menggunakan hijab ini di New York Marathon dan beliau sukakan hijab ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara atlet lain yang telah menggunakan hijab ini adalah Ibtihaj Muhammad (lawan pedang) dan Zahra Lari (luncur air). Nike Pro Hijab boleh didapati di Nike Pavilion, Nike KLCC, Nike Midvalley, Nike.com dan laman Zalora bermula 15 Februari ini pada harga RM99.

hijab 4

hijab 3

hijab 2

hijab 1