Mungkin ada di kalangan anda yang mencari tudung yang sesuai untuk aktiviti lasak anda. Nampaknya Nike tidak memandang ringan tentang perkara ini dan menghasilkan Nike Pro Hijab. Atlet figure skating dari UAE, Zahra Lari adalah antara atlet pertama yang mencuba produk ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tudung ini mudah dipakai, ringan serta menggunakan fabrik yang stretchy dan terdapat lubang-lubang kecil pada tudung ini untuk menambahkan pengudaraan. Ianya akan dijual dengan 3 warna pilihan; hitam, kelabu dan obsidian.

“Nike Pro Hijab ini direka setelah kami menerima permintaan untuk produk seperti ini dan kami berharap ianya dapat membantu atlet dari seluruh dunia dengan kualiti dan keselesaannya,” kata salah seorang pengarah wanita Nike, Megan Saalfeld.

Nike Pro Hijab ini hanya akan dijual tahun hadapan. Kudos Nike untuk usaha yang murni ini dan saya yakin, jenama tudung tempatan pasti akan mengeluarkan tudung versi mereka untuk kegunaan atlet juga selepas ini.