Nike hadir dengan model kasut bola sepak eksklusif sempena penghargaan buat Cristiano Ronaldo berikutan pencapaian beliau yang memberansangkan dalam arena bola sepak. Model Mercurial Superfly 360 CR7 SE dipilih untuk model edisi khas ini.

Menariknya, keseluruhan koleksi tersebut berwarna hitam dan pada bahagian tepi kasut diletakkan tulisan ‘CR7STIANO’ yang berwarna putih dan nombor 7 yang melambangkan nombor jersinya menggunakan warna emas. Dapat dilihat bahagian tapak kasut dan logo Swoosh juga diberi kemasan warna emas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi kasut bola istimewa ini, anda boleh dapatkan secara atas talian di sini. Walau bagaimanapun, harga untuk koleksi ini masih belum diketahui dan mungkin dengan menggunakan kasut ini anda akan handal bermain bola seperti Cristiano Ronaldo.

CR7:vckt5

CR7:vckt

CR7:vckt2

CR7:vckt3

CR7:vckt6