PSG baru-baru ini telah bekerjasama dengan Nike’s Jordan Brand untuk jersi keempat mereka musim ini. Jersi baharu itu akan mula dipakai apabila bermulanya separuh kedua musim ini.

Jersi bewarna putih dengan campuran biru dan merah ini diilhamkan oleh pakaian seragam Chicago Bulls, kelab yang pernah diwakili oleh Michael Jordan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia telah ditampilkan untuk tatapan peminat pada Khamis lalu menerusi media sosial dengan menampilkan bintang PSG daripada pasukan lelaki dan wanita. Antara yang hadir adalah bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi.

Namun apa yang ganjil dalam gambar tersebut adalah kasut bola Messi disembunyikan. Dalam salah satu gambar, kasut bola tersebut telah disembunyikan dengan papan tanda yang mempunyai mesej “Jordan Paris Saint-Germain Spring 22”. Rakan sepasukannya, Mbappe turut menjadi penutup kasut bola Messi.

Perkara ini terjadi kerana bekas bintang Barcelona itu mempunyai kontrak dengan Adidas. Bagi menghormati kontrak Messi dan mahu mengelak timbulnya sebarang isu, jurugambar terpaksa melakukan sesuatu yang ‘kreatif’ bagi menutup kasut bola Messi.

Untuk rekod, Messi memulakan kerjayanya dengan Nike setelah berjaya mendapat tempat di kesebelasan utama Barcelona. Pada tahun 2006, Adidas berjaya mendapatkan Messi selepas menggandakan apa yang ditawarkan oleh Nike.

Tisu yang digunakan Messi untuk lap hingus dan air mata dijual pada harga RM4.2 juta. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Tisu Yang Digunakan Messi Untuk Lap Hingus Dan Air Mata Dijual Pada Harga RM4.2 Juta

Messi Sanggup Belanja RM19 Juta Demi Ikat Jamin Ronaldinho Dari Penjara Paraguay

Lihat Rekaan Mewah Jet Peribadi Lionel Messi Yang Bernilai RM62 Juta