Manny Pacquiao, petinju dari Filipina atau lebih dikenali sebagai ‘Pacman’ kepada peminat boxing sedunia telah digugurkan oleh Nike daripada menjadi duta jenama itu. Semuanya berpunca dari komen yang dibuat oleh Pacquiao tentang golongan LGBT. Segala produk Nike yang mempunyai sangkut paut dengan Pacquiao telah dikeluarkan oleh Nike dari official website mereka.

Untitled

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut ESPN, Pacquiao yang ketika ini antara calon senator Filipina membuat komen anti-gay itu di salah satu rangkaian televisyen Filipina ketika ditanya mengenai apa yang beliau rasa tentang golongan gay. “Ianya common sense. Pernah tak kamu melihat haiwan mempunyai hubungan lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan? Golongan ini lebih teruk dari haiwan,” kata Pacquiao.

Ini bukan kali pertama Pacquiao mengeluarkan kenyataan sebegini berkenaan LGBT. Pacquiao adalah seorang yang kuat agama. Jadi kenyataannya itu datang dari kepercayaan agama Kristian yang dipegang olehnya. Pacquiao telah memohon maaf terhadap sesiapa yang terguris hati dengan kenyataannya itu tetapi beliau tetap berpegang dengan prinsip beliau itu.

Harap dengan penarikan tajaan dari Nike ini tidak menghalang Pacquiao untuk terus menjadi petinju yang hebat. Mungkin peluang untuk syarikat gergasi seperti Under Armour atau Adidas untuk menjadi penaja baru?

Sumber