Nampaknya tidak semua barangan yang dihasilkan Nike dianggap cool oleh peminat streetwear. Nike baru-baru ini berkolaborasi dengan pereka fesyen Matthew M Wiliams (MMW) untuk satu koleksi yang menarik.

Namun, disebali koleksi yang hebat ini ianya dicemari dengan kontroversi topeng balaclava ini. Di London terutamanya, topeng ini sering dikaitkan dengan gang culture dan pemakaiaan topeng ini di tempat awam boleh menyebabkan anda disiasat oleh pihak polis.

Nike dikecam di Twitter dengan rata-rata mengatakan Nike mempromosikan keganasan dengan penjualan topeng ini. Mereka beranggapan, Nike cuba menjadikan jenayah sesuatu yang cool di mata anak muda.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Nike, mereka berkata produk ini adalah salah satu produk di bawah Nike Training Collection dan untuk kegunaan sukan yang berkaitan. Mereka tidak langsung mahu mempromosikan keganasan dengan penghasilan topeng ini.

Topeng berharga USD80 (RM330+-) ini sebenarnya sudah habis terjual di kebanyakkan butik Nike di London. Tetapi jualan secara atas talian seperti Notre sudah pun ditarik balik.

Kontroversi seperti inilah yang akan menaikkan lagi harga pasaran untuk topeng balaclava Nike ini. Dalam sedikit masa lagi, harganya topeng ini pasti akan meningkat naik. Pada pendapat anda, adakah warga Eropah terlalu paranoid dengan topeng sehinggakan topeng seperti ini pun mereka takut?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group