Bersempena dengan Hari Malaysia yang berlangsung, Nike Malaysia telah melancarkan promosi terbaharu dimana anda boleh dapatkan seleksi produk Nike dengan diskaun sehingga 40%.

Promosi yang berlangsung eksklusif pada hari ini bukan sahaja menawarkan kasut sukan yang diimpikan ramai malah, anda juga berpeluang mendapatkan pelbagai barangan lain dengan harga promosi.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

air-zoom-pegasus-37-running-shoe-vlzXhM

Produk yang pada kami berbaloi dimiliki khususnya buat mereka yang aktif dengan sukan larian sudah pastinya Nike Pegasus 37. Baru sahaja diperkenalkan pada April lalu, model yang ditawarkan pada harga RM495 ini kini sedia untuk didapatkan dengan harga RM297 sahaja.

Sekiranya anda mahukan kasut lari yang lebih profesional beserta plet karbon, Nike Zoom Fly 3 antara pilihan yang baik. Model yang mula ditawarkan pada harga RM649 kini sedia untuk dimiliki dengan harga RM389.40 sahaja.

Screen Shot 2020-09-16 at 8.42.49 PM

Untuk mendapatkan promosi diskaun 40% ini apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan kod promo ‘STOCKUP40’. Promosi turut ditawarkan buat beberapa kelengkapan lain daripada Nike. Klik di sini untuk melihat barangan yang ditawarkan Nike Malaysia.

Ketahui juga bagaimana Casey Neistat ‘kikis’ duit Nike bernilai RM300,000 dalam menghasilkan iklan hebat ini.

Bagaimana Casey Neistat ‘Kikis’ Duit Nike Sebanyak RM300,000 Untuk Pusing Dunia Hasilkan Iklan Hebat Ini

Vocket Review: Kasut Nike Air Jordan 1 Dior Yang Sama Harga Dengan Sebuah Kereta

Mengapa Neymar Sanggup Tinggalkan Nike Untuk Jadi Duta Baharu Puma

Anda Mungkin Suka