Setelah berjaya mendapat sambutan ramai menerusi kolabrasi dengan ACRONYM untuk kasut model Laceless VaporMax, Nike pada kali ini telah mengumumkan bakal mengeluarkan dua warna baharu buat model Laceless VaporMax Moc 2 khas untuk para wanita.

Nike memilih warna yang agak terang iaitu University Gold dan University Red pada model kali ini. Material kasut ini juga tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding model kolabrasi bersama ACRONYM.

Kepada yang berminat anda boleh mendapatkannya pada 11 Mei ini di butik Nike dengan harga $200 (~RM 788.10).

nike-air-vapormax-moc-2-university-red-university-gold-2

nike-air-vapormax-moc-2-university-red-university-gold-3

nike-air-vapormax-moc-2-university-red-university-gold-4