Selepas berjaya berkolaborasi bersama Kim Jones dan Virgil Abloh, Nike kali ini telah menghasilkan model Mercurial terbaru sempena menyambut ulang tahun ke-20 tahun model Mercurial dengan versi terbaru semua hitam yang diberi nama ‘What the Mercurial?’.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Untuk versi kali ini, Nike telah mengambil model Mercurial Superfly 360 sebagai inspirasi rekaan. Memilih untuk menggunakan warna hitam sepenuhnya sekaligus membuatkan kasut ini tampil elegen dan premium di kaki pemakai.

Lihat gambar kasut sempena ulang tahun ke-20 tahun ‘What the Mercurial?’. Difahamkan model ini akan dikeluarkan dalam unit yang terhad iaitu sebanyak 1,998 pasang sahaja. Angka pengeluaran yang dikeluarkan ini dipilih berdasarkan tahun rasmi pelancaran pertama model Mercurial. Para pengguna cuma boleh mendapatkannya di laman web Nike Store serta butik terpilih bermula 12 Mac ini.

nike-what-the-mercurial-superfly-360-1

nike-what-the-mercurial-superfly-360-3

nike-what-the-mercurial-superfly-360-4

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group