Akhirnya setelah sekian lama, Jordan bakal mengumumkan tarikh kasut Air Jordan 1 Rebel classic ‘Chicago’.

Untuk keluaran kali ini, mereka masih mengekalkan warna ikonik iaitu merah, hitam dan putih di kasut ini. Selain itu, model ini turut menggunakan sistem lacing unik yang membenarkan tali kasut ditarik memanjang sehingga ke bahagian sisi kasut.

Untuk logo Swoosh, mereka telah meletakkan di sisi kasut dengan rekaan kulit disitu manakala logo Jumpman diletakkan pada bahagian insole untuk mengekalkan rekaan original ‘Chicago’. Tulisan ‘Nike Air’ besar turut terpampang di bahagian sisi dalam kasut ini.

Air Jordan 1 Rebel ‘Chicago’ bakal dikeluarkan pada 19 Mei ini dengan harga $145 (RM 575.82) untuk saiz perempuan. Harap-harap model unik ini masuk ke pasaran Malaysia.

air-jordan-1-chicago-rebel-2

air-jordan-1-chicago-rebel-3

wtm64g0fh6kp7ylsyrex