Kasut yang mencetuskan kontroversi dalam dunia maraton, Nike Vaporfly tidak akan diharamkan penggunaannya dalam sukan manratan menurut World Atletics (IAAF).

Walaupun model Vaporfly ini tidak akan diharamkan, setiap model terbaru daripada mana-mana jenama perlu mengikut kriteria yang ditetapkan di masa akan datang terutamanya dari segi teknologi kasut berkenaan yang mungkin akan memberikan kelebihan tidak adil kepada pelari lain.

Antara peraturan ketat yang perlu diikuti adalah tapak kasut tidak boleh melebihi ketebalan 40mm. Walaupun Model Vaporfly tidak akan diharamkan, tetapi model yang dipakai oleh Eliud Kipchoge ketika membuat larian maraton penuh bawah 2 jam tidak begitu bernasib baik. Model berkenaan tidak dibenarkan untuk dipakai di mana-mana kejohanan larian yang diselia IAAF.

Kelebihan model Vaporfly berbanding model lain di pasaran adalah terdapatnya plat fiber karbon yang dikhabarkan mampu memberikan lebih anjakan untuk setiap langkah. Namun, perkara berkenaan sudah boleh diterima oleh IAAF dan kemungkinan jenama lain turut akan mengikut jejak langkah Nike.

Justeru itu, model ini ‘lulus’ untuk digunakan untuk sukan Olimpik Tokyo 2020. Untuk anda yang rajin menyertai larian maraton dan mahukan model yang selesa dan ‘laju’, ini adalah jawapannya.

Eliud Kipchoge merupakan pelari pertama yang menamatkan acara maraton penuh sejauh 42km dalam masa hanya 2 jam. Anda boleh baca tentangnya lagi di sini.

Eliud Kipchoge Cipta Sejarah Pelari Pertama Tamatkan Maraton Bawah Dua Jam

Kerana ‘Terlalu Pantas’ Kasut Nike Ini Mungkin Diharamkan Di Olimpik