Dalam satu laporan yang dibuat laman Omnilytics, kasut dengan teknologi baharu VaporMax menjadi kasut paling laris terjual di pasaran Malaysia untuk tahun lalu.

Kasut yang mula diperkenalkan oleh Nike pada tahun 2017 ini menjadi pilihan ramai kerana keselesaan serta rekaannya yang unik. Model OG daripada Nike, Air Force 1 berada di tempat kedua dan adidas NMD berada di tempat ketiga.

Top-sneakers-infographic-1
Kredit gambar: Omnilytics

Data untuk menghasilkan carta ini hanya diambil daripada laman jualan terkemuka di Malaysia iaitu Zalora, JD Sports dan Sole What.

Mungkin carta ini bakal berubah jika data daripada laman atas talian lain turut diambil kira. Namun, carta ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran trend kasut yang popular di Malaysia untuk tahun lalu. Ada atau tidak kasut kegemaran anda dalam senarai Top 20 oleh Omnilytics ini?

Sumber