Nike Air Jordan 1 adalah kasut yang memulakan sneakers culture di seluruh dunia. Khabar angin bertiup bahawa kasut ini akan datang dengan warna unik. Kasut itu akan mempunyai gabungan 3 warna terkenal siri kasut Air Jordan 1 ini; ‘Bred’ di bahagian depan, ‘Chicago’ di tengah dan ‘Royal’ di belakang.

Tema warna ‘What The’ ini pernah digunakan untuk model kasut terkenal Nike seperti Kobe dan Dunk. Ianya adalah hasil gabungan warna dan design terkenal model-model kasut ini digabungkan menjadi satu kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Nike SB 'What The Dunk'
Nike SB ‘What The Dunk’
Nike 'What The Kobe'
Nike ‘What The Kobe’

Tiada kenyataan lanjut sama ada kasut ini akan berada di pasaran ataupun tidak. Tetapi ianya sudah buat sneakerheads di seluruh dunia gelisah. Mana tidaknya, satu kasut Air Jordan Bred ‘Banned’ boleh mencecah harga RM8,000, inikan pula kasut ini.