Setelah tertiris gambar sebelum ini, nampaknya Nike dan Off-White™ telah memgumumkan kolaborasi terbaru mereka bersama duta Nike untuk sukan tenis iaitu Serena Williams. Rekaan ini diumumkan dua minggu sebelum bermulanya pertandingan tenis terbuka US. Koleksi ini didatangkan dengan dua warna baju berbeza iaitu ‘daytime’ dan ‘night time’.

Kedua-dua rekaan baju ini telah diberi sentuhan oleh Virgil Abloh beserta trademark penjenamaan ‘LOGO’ dan  ‘SERENA’. Teks tulisan turut ditampilkan pada NikeCourt Flare 2 PE.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain model Nike Court Flare, Nike juga turut menampilkan rekaan edisi terhad Air Max 97 dan Blazer Mid SW. Rekaan kasut Air Max 97 turut didatangkan dengan warna merah jambu manakala baju blazer pula didatangkan dengan warna kelabu. Kolaborasi Nike x Off-White™ untuk edisi ‘QUEEN’ ini dijangka keluar pada hujung bulan Ogos ini dan akan dijual butik rasmi Nike.

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-1

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-2

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-3

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-4

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-5

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-6

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-9

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-10

virgil-abloh-serena-williams-nike-queen-collab-details-11