Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat trend berlari di kalangan rakyat Malaysia semakin berkembang. Malah, pelbagai komuniti dan kumpulan telah ditubuhkan dalam menyemarakkan aktiviti yang sihat ini.

Khas buat para pelari yang mahukan lebih kelajuan menerusi teknologi terbaru, Nike baru-baru ini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Nike ZoomX Vaporfly Next% 2.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

zoomx-vaporfly-next-2-racing-shoe-D4ntS0 (2)

Menerusi model terbaru ini, Nike dilihat sekali lagi menggunakan teknologi ZoomX serta mengekalkan penggunaan plet karbon. Ruangan jari kaki turut dilebarkan dalam memberi keselesaaan buat para pelari.

Untuk pengetahuan, model Vaporfly mempunyai perbezaan dengan model Alphafly yang turut dikeluarkan Nike di mana model Vaporfly tidak ditawarkan dengan Nike Zoom pods.

zoomx-vaporfly-next-2-racing-shoe-D4ntS0 (1)

Buat anda yang berminat dan sedang mencari model terbaru daripada Nike dalam membantu larian anda, Nike ZoomX Vaporfly Next% 2 antara yang boleh anda dapatkan menerusi laman web Nike dengan harga RM895.

Nike baru-baru ini telah menyaman pembuat model satan shoes setelah didakwa menggunakan darah manusia sebenar.

Guna Darah Manusia Sebenar, Nike Saman Pembuat Model ‘Satan Shoes’

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi