Lagi berapa hari saja lagi nak Ramadhan! Teringat kisah saya waktu dulu.

Waktu itu, saya sedang belajar di sebuah tahfiz quran, orang panggil saya ‘brader‘ sebab ketegori umur senior tapi baca quran tajwid lintang pukang. Masuk tahfiz sebab nak perbetulkan bacaan Quran. Baca al-Fatihah, Mad Asli pun tak tahu yang mana satu. Cuma masih ingat Mad Asli ada 3 “A,WI,E” (alif wau ya) hahaha.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Macam biasa, rutin harian isnin – jumaat memang membaca Quran. Orang lain mengahafal ayat Quran untuk jadi Hafiz 30 Juz. Ssaya masih di level memahami TAJWID. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari relax, ibu bapa datang melawat.

Bab makan kat Madrasah, saya boleh katakan 70% makanan biasa, asal boleh makan janji kenyang. Sampai kadang-kadang teringin sangat nak makan itu dan ini, lagi-lagi buah.

Lama benar rasanya tak dapat makan buah! Tapi ye la, faham-faham lah duduk madrasah kan? Bersyukurlah apa yang ada.

Tiba suatu petang, ada orang luar datang. Dia bawa plastik besar masuk ke dapur, kawan-kawan yang lain dah berkerumun kat orang tu. Ustaz pun panggil semua pelajar ke dapur, saya pun datang.

Baca: Kisah Hutang Dilunaskan Melalui Keajaiban Sedekah Yang Menyentuh Hati Kita

sedekah-2

Tengok kawan-kawan tengah pegang buah PEAR, Allahuakhbar! Tuhan saja yang tahu waktu tu happy betul! Orang tu pun beri buah PEAR dan APPLE. Sambil dia memberi tu, dia cakap “doakan saya ya!” Saya jawab “terima kasih banyak bang, Insyallah saya akan doakan!”

Kawan-kawan yang lain dah makan buah satu persatu. Saya menikmati buah PEAR dan APPLE ni atas katil sambil baca buku “Kisah 25 Rasul”. Punyalah menikmati, saya rasa satu buah PEAR mengambil masa 1 jam untuk makan sampai habis tinggal tangkai. Saya kunyah perlahan-lahan. Yela susah nak dapat kan! Haha.

Habis solat maghrib saya berdoa, “Ya Allah, murahkan lah rezeki orang yang beri buah pada aku petang tadi, majukanlah segala kerja yang dikerjakannya, jauhkan lah dia dari seksaan-Mu, rahmatilah dia dan berkati lah dia, amin ya rabbal alamin.”

Selesai berdoa, saya terus jumpa ustaz. Saya teringin nak tahu siapa orang yang beri buah petang tadi tu. Rupanya dia adalah seorang hafiz, pelajar lama di Madrasah tersebut.

Dia sekarang dah berjaya tapi tetap tak lupa untuk terus bersedekah di madrasah ni tiap-tiap bulan.

Hampir setiap hujung bulan, kedatangan hafiz dinanti-nantikan oleh saya dan kawan-kawan di madrasah. Saya akan kenang orang yang memberi. Doa saya untuk hafiz tidak putus, setiap kali baca yasin, saya selit nama Hafiz.

Timbul impian kecil dihati saya, “kalau aku dah bekerja nanti, tiap-tiap bulan aku akan sedekah buah PEAR dan APPLE untuk pelajar tahfiz dan anak-anak yatim!”

Selesai saja saya mengerti bab tajwid dan sudah pandai baca quran, saya keluar dari madrasah dan mula bekerja. Saya dapat gaji, terus asingkan 1/10 untuk beli buah PEAR dan APPLE untuk pelajar tahfiz.

Puas betul hati ni bila bagi buah PEAR dan APPLE ke setiap tangan pelajar-pelajar tahfiz. Semua cakap “terima kasih, saya akan doakan abang murah rezeki!”

Teringat waktu saya dulu. Saya yakin akan ada diantara mereka yang akan selit nama saya waktu dia baca yasin nanti. Hehe.

WHY? For me, PEAR dan APPLE adalah buah, bagus untuk kesihatan mereka! Dan pasti mereka akan sukakan buah-buahan dan semua orang boleh makan. Rezeki kita Tuhan yang atur, lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat… Believe it!

Oh ya. Saya lupa, kalau anda nak beli buah PEAR dan APPLE yang MURAH dan FRESH, boleh beli di “PASARAYA NSK”! Satu kotak, ada 50 buah PEAR CRISTAL seperti dalam gambar, cuma RM75 dan untuk buah APPLE FUJI pula satu kotak ada 100 buah, cuma RM 130. Anda boleh survey!

Satu perkara yang takkan saya lupakan, DULU SAYA MENERIMA, SEKARANG SAYA MEMBERI! Syukur Alhamdulilah.

Kasihilah mereka, sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.

Baca lagi: Peristiwa Ini Bukti Allah Membayar Tunai Kepada Yang Bersedekah