Tengok ramai orang kerumun, apa benda tu?

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Oh. Air jagung. Tiba-tiba pulak tekak ni terasa hausnya ya amat. Terik matahari terpacak atas kepala.

Aku hampiri dan tercari-cari berapakah harga secawan air jagung tu. Tiada pulak tanda harga, lalu ternampak orang yang paling depan memegang duit 2 ringgit. Telahanku. Oh 2 ringgit.

Aku teruskan langkah melintasi gerai itu ke jalan besar sambil menyeluk poketku jika ada baki dari surau tadi dan berhenti di simpang yang hanya beberapa meter dari gerai tersebut.

Sehelai wang 1 ringgit. Yang lain kertas-kertas resit. Keluarkan dompet ku pula, ada tapi kertas 1 pound sterling warna hijau. Rare ni, mana laku kat sini.

Seluk pula anak poket jeans. Haaa lega ada syiling 1 ringgit 40 sen. Yeaay!
Patah balik dan tunggu di belakang kerumunan tadi. Sampai giliran.

“Berapa ringgit bang?” Dengan konfidennya aku tanya.

“2 ringgit 50 sen be (abang)” jawab abang jagung tak putus tangan layan pelanggan.

Aku rasa macam setempayan air liur nak ditelan tak lepas tekak, tapi aku kontrol, cover macho.

“Cawan kecik satu be”
Aku sedar tak cukup seposen.

“Cawan kecik ni last be, adik ni punya” jawab abang jagung.

Aku senyum dan beri isyarat menolak dan pusing sambil lihat betul-betul 2 syiling 5 sen itu adakah sebenarnya 10 sen? Oh tidak. Memang 5 sen.

air-jagung-1

Baru nak melangkah setapak nak beredar, abang tu panggil.

“Abe ada berapa be?” pandai betul dia baca.

“Aaa.. er er tak cukup 10 sen.” Lah macamanalah aku terjujur sangat, bendul betul rasa masa tu.

Tiba-tiba orang sebelah hulur 10 sen. Aduh! Merah padam nak terbakar rasanya kulit muka yang dah sedia tebal 10 inci.

“Mari be, mari. Hari Jumaat ni buakpe nak berkira be.” Dihulurnya air jagung bekas besar.

Tersipu-sipu aku hulur duit yang dah cukup tadi. Tapi abang jagung ambil 2 ringgit saja.

Tak sempat aku bersuara, dia berisyarat sambil senyum tanda special price untuk aku. Wah!

“Terima kasih abe” bersungguh-sungguh aku ucap.

Lalu aku serah balik 10 sen tadi pada orang sebelah yang menunggu airnya siap. Dia menolak, aku serah jugak-jugak sambil ucap terima kasih banyak-banyak padanya.

Kenapa air jagung ni sedap lain macam? Adakah kerana keberkatannya? Atau kerana pemurahnya abang jagung? Atau mulianya insan-insan di sekeliling aku ?

Alhamdulillah.
Iman Hasbullah

Baca lagi: 7 Formula Keajaiban Sedekah Telah Dikongsikan Oleh Usahawan Wanita Ini. Anda Mungkin Mahu Tahu

Artikel di atas disumbangkan oleh Iman Hasbullah. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group