Durian merupakan raja segala buah dan sering mendapat permintaan tinggi di seluruh negara setiap kali musim durian. Terdapat pelbagai jenis durian seperti durian kampung, Musang King, Udang Merah dan D24 yang sering dijual di kedai-kedai dan di tepi jalan.

Jika anda memang penggemar durian, anda kini boleh makan secara percuma. Bukan sahaja dapat menikmati durian yang sedap tetapi PERCUMA! Pasti anda rasa seperti tidak percaya, sebenarnya Matrix Concepts akan menganjurkan kembali Maraton Musang King di Tiara Sendayan pada 17 Ogos 2019 dan Hijayu Aman pada 24 Ogos 2019 ini.

ii

DSC_2670

IMG_8967

durian1

Rugi jika anda tidak datang ke Maraton Musang King untuk menikmati durian Musang King yang pastinya sedap. Selain durian Musang King, Matrix Concepts turut menyediakan buah-buahan tempatan yang lain secara percuma seperti rambutan, manggis, kelapa, dan buah naga.

Selepas makan buah-buahan, pasti anda inginkan sesuatu yang sebagai pencuci mulut. Aiskrim durian juga turut tersedia di pesta ini. Selain itu, pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga tersedia seperti persembahan magik, Inflatable Castle, Giant TrampolineBalloon Sculpture, semburan seni muka dan banyak lagi turut boleh didapati di sini. Maka, anda dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

DSC_2835

clown

inflatable

Jangan anda risau kerana semua makanan adalah percuma bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang (sementara stok masih ada)! Datang beramai-ramai ke Maraton Musang King yang dianjurkan oleh Matrix Concepts di Tiara Sendayan pada 17 Ogos 2019 dan Hijayu Aman pada 24 Ogos 2019. Jangan lupa temujanji kita dan jumpa anda di sana!