Jika berkunjung ke Pulau Pinang, tidak lengkap tidak ke Bukit Bendera dimana anda boleh melihat pemandangan yang indah dari atas bukit. Untuk pengetahuan anda, Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia.

Nama Bukit Bendera merujuk kepada lokasi stesen keretapi bukit yang terletak di ketinggian 735 m atas aras laut. Sebelum ini, ia digelar Flagstaff Hill oleh British kerana bendera British dikibarkan sebagai tanda isyarat tibanya penghantaran mel di sini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →
1200-penang-hill

Gambar hiasan. Sumber: Penang-ws

penang-penang-hill-162562285318-orijgp

Gambar hiasan. Sumber: Penang-ws

Terbaru, tular di media sosial beberapa keping gambar sebuah kafe di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan oleh pengguna Twitter @Iamsyieddy. Siapa sangka di Bukit Bendera terdapat sebuah kafe yang unik untuk pengunjungnya.

Mesti ada daripada anda tertanya-tanya dimana terletaknya kafe ini, bukan? Anda boleh naiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke Kopi Hutan ini.

Bagi kami, kafe Kopi Hutan ini menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang ‘perfect’ untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh. Dipadankan dengan kek lagilah terbaik!

EbNKgMvUMAA5qLX

EbNKgM0U4AEm0gs

EbNKgM9UcAI7eeI

EbRjOaqUYAEsr3K

Tunggu apa lagi, bolehlah serbu Kopi Hutan ini hujung minggu ini. Bukan sahaja dapat nikmati kopi terbaik tetapi anda juga dapat melihat keindahan Pulau Pinang, masuk muzium dan pelbagai lagi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa destinasi di Pulau Pinang yang mungkin anda boleh kunjungi. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar ‘Sungai Jernih’ Bersama Ikan Koi Di Pulau Pinang

8 Sebab Kenapa George Town, Pulau Pinang Bandar Tempatan Paling Best

Pelukis Luah Rasa Menyesal Hasilkan Lukisan Ikonik Ini Di Pulau Pinang

Anda Mungkin Suka