Pernah tak anda anda hadir ke sebuah kedai makan dan bateri telefon anda habis pada ketika itu? Tak seronok bukan. Apatah lagi kalau dalam masa yang sama perlu membuat panggilan kepada rakan untuk memberitahu lokasi anda. Kini tidak lagi dengan adanya KFC ‘Watt A Box’.

kfc-watt-a-box-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami tak pasti bagaimana KFC India mendapat idea untuk hasilkan kotak KFC ‘Watt A Box’ ini namun memang idea ini sememangnya brilliant. Pengguna tidak lagi perlu risau untuk bateri telefon habis pada masa yang sama dapat menikmati makanan daripada KFC. Dengan trend menggunakan telefon sambil makan, nampaknya kotak ini berjaya membuatkan selesa serta bakal meluangkan lebih banyak masa di KFC.

Dilengkapi dengan powerbank 6,100 mAh sudah cukup untuk pengguna mendapatkan cas yang penuh. Setakat ini idea ini masih dalam fasa percubaan untuk seluruh KFC India dan dijangka bakal hadir buat seluruh dunia jika mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna.

Tak dinafikan, francais fast food sering hadir dengan inovasi terbaru untuk menarik hati pelanggan untuk terus singgah ke outlet mereka. Sebelum ini Pizza Hut telah hadir dengan idea kotak pizza yang mempunyai diubah menjadi projector buat telefon pintar. Bukan itu sahaja, Mcdonald’s pernah hadir dengan inovasi yang hampir sama iaitu Happy Meal Box dengan set kadbod VR.Kreatif dan inovatif.

Tapi bagi pendapat saya, francais fast food masih tak boleh ‘challenge’ idea gila KFC untuk hasilkan casing iPhone dengan rekaan ayam goreng. Ya, memang gila betul idea KFC Jepun. Walaubagaimanapun, jika dilihat dari sudut pemasaran, sememangnya mereka berjaya apabila idea ini viral ke seluruh dunia. Well done KFC Jepun.

casing-iphone-kfc