Perubahan gaya hidup yang semakin pantas menjadikan gajet atau peranti elektronik sebagai sesuatu yang mesti dimiliki oleh semua orang. Bayangkan dengan gajet seperti telefon pintar, laptop dan jam tangan pintar dapat membantu anda untuk berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana anda berada.

Miliki peranti HUAWEI dengan harga terbaik!

Screenshot-2019-12-19-at-8.09.28-AM-2

Melihat kepada trend segalanya di hujung jari, HUAWEI memperkenalkan HUAWEI Together 2020 Business Elite Package dimana anda boleh miliki peranti HUAWEI yang terkini secara ansuran pada harga yang berpatutan! Dapatlah optimumkan kerja anda dengan peranti baru.

Lagi-lagi kalau anda ada business sendiri. Pakej ini dapat membantu perniagaan anda untuk sentiasa satu langkah ke depan dengan penggunaan peranti HUAWEI yang berteknologi tinggi dan mudah dihubungkan hanya dengan pautan bluetooth sahaja.

Jom tengok sikit apa yang best dengan pakej Kombinasi Gaya Kerja Pintar yang ditawarkan pada harga RM25.69/sehari ni.

Sambungan lancar antara peranti. Bestnya!

Mate 30 Series

rsz_10436217w-2

Buat anda yang sentiasa on the go, semestinya perlukan peranti yang menyokong gaya pekerjaan anda. Tak kiralah bekerja di pejabat atau sentiasa mengembara, pastikan anda memiliki Mate 30 Series untuk melancarkan kehidupan.

HUAWEI Mate 30 Series merupakan telefon pintar pertama di dunia yang memiliki kamera dengan 40MP. Melalui lensa ini, Mate 30 Series mampu merakam video dan gambar yang sangat berkualiti.

Bukan itu sahaja, HUAWEI Mate 30 Series juga mempunyai sistem semula jadi yang dibina untuk menyesuaikan kelantangan bunyi, mengambil selfie atau menikmati kawalan quad-finger games dengan interaksi sentuhan sisi yang inovatif.

HUAWEI Mate 30 Series dilengkapi ciri interaktif  ‘AI private view‘ yang berfungsi dengan isyarat kawalan khusus daripada pengguna dan secara tak langsung membantu memudahkan kerja di samping menjaga privasi anda walau dimana anda berada.

Paling syok, HUAWEI Mate 30 Series dibina untuk menyokong bateri berkapasiti tinggi supaya telefon pintar anda tahan lebih lama. Proses pengecasan dengan teknologi HUAWEI SuperCharge 40W dengan pengecasan pantas tanpa wayar yang mencecah sehingga 27W pastinya membantu melancarkan kehidupan anda.

HUAWEI MateBook 13

Huawei-MateBook-2K-Touchscreen

Perlukan pasangan untuk peranti telefon pintar pada masa yang sama membantu urusan kerja? HUAWEI Matebook 13 Series merupakan jawapan terbaik untuk anda.

https://www.youtube.com/watch?v=gC_S6TYL-34&feature=emb_title

HUAWEI Matebook 13 Series dibina dengan keupayaan memindahkan dan sync kerja anda dengan mudah dari telefon pintar ke komputer riba HUAWEI hanya dengan satu tap saja.

Selain itu, anda boleh mengawal peranti dengan menyambungkan telefon pintar dengan koputer riba saja. Jadi, anda akan lebih fokus kepada satu peranti sahaja semasa bekerja.

Apa yang bestnya dengan penyambungan peranti HUAWEI ini, anda masih lagi boleh gunakan telefon pintar walaupun sedang menggunakan komputer riba dengan kombinasi multi-skrin. Hebat bukan?

Lengkapkan gaya hidup pintar anda dengan peranti pintar HUAWEI yang stylo!

Watch GT 2

AndroidPIT-huawei-watch-gt-front

Macam mana nak bersukan atau melakukan aktiviti lasak tapi dalam masa yang sama nak enjoy the moment dan rakam detik tu? Haa.. Apa kata anda gandingkan HUAWEI Mate 30 Series dengan jam tangan pintar Watch GT 2.

Watch GT 2 direka khas bagi anda yang mempunyai gaya hidup aktif. Teknologi jam tangan pintar ini dilengkapi dengan pemantau kesihatan dan penjejak kadar degupan jantung. Anda boleh pasangkan bersama telefon pintar HUAWEI bagi memastikan anda peka dengan keadaan kesihatan anda.

Apa yang menariknya pasal Watch GT 2 ialah keupayaanya untuk membuat dan menjawab panggilan telefon tanpa kewujudan telefon pun. So, bila anda pergi bersukan, tak payah nak bawa banyak-banyak peranti pun! Hanya sambungkan Watch GT 2 anda dengan telefon pintar HUAWEI dan anda boleh buat atau jawab panggilan dengan mudah. Siap boleh mainkan muzik melalui pergelangan tangan tau!

Freebuds 3

Screenshot-2019-12-19-at-8.01.46-AM-2

Mendengar muzik menggunakan earphones merupakan satu kemestiaan, lebih-lebih lagi ketika berkerja atau ketika tak mahu diganggu. Akan tetapi, earphones biasa masih tak mampu menghalang bunyi luar daripada mengganggu anda.

Sebab itulah HUAWEI memperkenalkan Freebuds 3 dengan ciri pintar yang membantu anda menikmati muzik mengikut keselesaan pendengaran anda. Reka bentuknya yang ringkas dan trendy pasti memberikan keselesaan ketika penggunaan jangka masa yang panjang.

HUAWEI FreeBuds 3 direka dengan pautan pemilihan saluran bluetooth melalui algoritma yang mampu mengesan peranti sambungan dengan pantas, selain keupayaan utama yang dimiliki iaitu noise cancellation yang boleh membatalkan atau menghalang bunyi luar daripada mengganggu anda.

HUAWEI penyelesaian kepada gaya hidup pintar!

Malay-1

Amacam, menarik bukan Kombinasi Gaya-Kerja Pintar ni? Sebenarnya, ada banyak lagi pakej-pakej menarik daripada HUAWEI yang boleh digayakan dengan personaliti dan gaya hidup dengan harga yang bermula serendah RM8.97/sehari sahaja. Paling best, kesemua pelan bayaran ansuran HUAWEI ni, 0% interest tau!

Screen-Shot-2019-12-13-at-12.18.23-PM

Jadi, apa anda tunggu lagi? Cepat-cepatlah dapatkan pakej-pakej yang gempak ni. Kunjungi website HUAWEI sekarang untuk mula melanggan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan ni.

Ketahui juga 3 peranti HUAWEI yang terhangat di pasaran ketika ini. Turut dikongsikan, HUAWEI Y9 Series yang sangat berbaloi untuk didapatkan dengan harga serendah RM799 sahaja.

Tampil Bergaya Dengan 3 Peranti HUAWEI Yang Terhangat Di Pasaran Masa Kini!

Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!