Pemilikan sesebuah kenderaan bukanlah satu perkara kecil kerana ianya melibatkan sejumlah wang dan komitmen jangka masa panjang. Bagi seorang pemilik Volkswagen, anda sangat beruntung kerana Volkswagen Malaysia akan menjaga kereta anda sehingga 10 tahun lamanya.

Volkswagen Malaysia sangat komited dalam memastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan baik sejak hari pertama anda membawa keluar kereta meninggalkan bilik pameran dengan menawarkan pelbagai jenis servis dan perlindungan yang sangat diperlukan sebagai seorang pemilik kereta.

Penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun pertama

Semua kereta Volkswagen tanpa mengira model layak mendapatkan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, setiap kereta akan diservis setiap kali mileage mencecah 15,000 kilometer atau 12 bulan — yang mana dahulu.

Pada masa sama, setiap pemilik Volkswagen juga layak menerima 5 tahun waranti mileage tanpa had dan Roadside Assistance daripada Volkswagen Malaysia.

Setiap 18 cawangan pusat servis sah Volkswagen Malaysia menawarkan pengalaman yang sama; kualiti perkhidmatan kelas pertama, juruteknik berpengalaman yang menggunakan peralatan teknikal terkini, alat ganti dan aksesori tulen untuk menjamin keselamatan dan servis pantas yang menjimatkan masa anda. Alatan terkini yang digunakan telah diluluskan Volkswagen dengan perisian yang dikemas kini.

Penjimatan 20% diskaun servis sehingga RM1,500

Eksklusif untuk pemilik Volkswagen dari tahun ke-5 ke atas, anda layak menjadi salah seorang ahli Volkswagen Cares Plus (VCP) memberikan anda pelbagai servis, diskaun dan bantuan diperlukan pada bila-bila masa sahaja yang dapat menjimatkan anda sehingga RM1,500.

VCP dapat menjimatkan kos penyelenggaraan kereta anda dengan diskaun 20% untuk perkhidmatan penyelenggaraan mengikut cadangan jadual servis Volkswagen, 3 baucar servis yang akan terpakai dari tahun ke-5 perkhidmatan dan dua servis berikut dalam tempoh 2 tahun.

Anda juga dapat menarik nafas lega kerana keahlian anda secara automatik dapat melanjutkan tempoh bantuan tepi jalan sehingga 2 tahun apabila apabila menebus baucar perkhidmatan VCP. Perkhidmatan sokongan bateri 24-jam turut tersedia supaya anda tidak dibiarkan keseorangan apabila bateri menghadapi masalah. 

Paling penting sekali, keahlian VCP boleh didaftar di mana-mana pusat servis Volkswagen yang sah.

Tawaran diskaun 30% kos baik pulih dengan alat ganti asli

Antara perlindungan lain yang ditawarkan untuk kereta Volkswagen berusia lebih dari 5 tahun adalah Volkswagen Cares Repair Packages, ia menawarkan lebih penjimatan dan ketenangan fikiran dengan diskaun 30%.

Kerja-kerja pembaikan dibuat oleh juruteknik Volkswagen yang berpengalaman mengikut piawaian global dengan alatan Volkswagen yang diluluskan, serta alat ganti yang digunakan 100% tulen.

Anda boleh terus memandu kereta Volkswagen anda tanpa perlu berasa bimbang kerana bukan sahaja bahagian utama ditukar, malah komponen lain yang berkaitan akan diganti untuk memastikan prestasi dan keselamatan yang lebih baik.

Volkswagen Cares app

Kini anda tidak lagi terlepas tarikh servis kerana aplikasi mudah alih Volkswagen Cares menyimpan butiran kereta anda. Aplikasi itu juga membolehkan anda membuat temu janji servis, menerima tawaran promosi eksklusif dan menghubungkan dealership Volkswagen di serata Malaysia.

Aplikasi ini tersedia untuk dimuat turun pada telefon pintar jenis Android dan juga iOS. Jadi anda boleh mengakses di mana jua untuk ‘up-to-date‘ perkembangan terkini atau mendapatkan bantuan 24 Roadside Assistance pada bila-bila masa.

Easy Payment Plan

Selepas melakukan penyelenggaraan, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk membayar kos-kos yang dikenakan secara lump sum, sebaliknya Volkswagen Malaysia menawarkan — Easy Payment Plan — satu pelan pembayaran yang fleksibel dan tanpa faedah untuk servis, penyelenggaraan dan pembaikan di pengedar-pengedar sah yang mengambil terlibat.

Melalui pelan ini, anda boleh pilih untuk membayar bil servis dan baik pulih kereta anda selama 6 atau 12 bulan dengan 0% faedah atau tanpa bayaran tambahan dikenakan. Tertakluk pada terma dan syarat.

Perlindungan ekstra VIP istimewa untuk anda

Volkswagen Insurance Plan (VIP) ini direka khas bagi setiap pemilik Volkswagen untuk memberikan perlindungan menyeluruh dan tanpa sebarang kerumitan.

Sebagai pemegang polisi VIP, pelbagai faedah eksklusif yang akan diterima seperti tuntutan claim anda diutamakan, boleh mendapatkan Roadside Assistance dan servis tunda kecemasan 24 jam, serta jaminan kerja-kerja pembaikan dijalankan di pusat body and paint Volkswagen yang disahkan, mengikut piawaian pembaikan Volkswagen yang hanya menggunakan alat ganti tulen sahaja.

Pada masa sama, tiada yuran lebihan, tiada kos penambahbaikan bagi memastikan tiada kos penggantian alat ganti ditanggung oleh pemilik dan nilai yang dipersetujui sehingga 10 tahun, tanpa mengira mengira umur kenderaan untuk semua model Volkswagen.

VIP boleh dibeli di mana-mana pengedar sah Volkswagen, semasa mendaftarkan kereta baharu atau semasa pembaharuan cukai jalan melalui beberapa panel insurans terpilih.

Ramai pemilik berpuas hati dengan servis after-sales Volkswagen Malaysia

Pelbagai servis dan perlindungan kelas pertama yang ditawarkan oleh Volkswagen Malaysia telah membuatkan pemilik-pemilik kereta Volkswagen gembira serta berpuas hati dengan layanan VIP yang diterima mereka.

Mana tidaknya, dari hari pertama anda membawa keluar kereta daripada bilik pameran sehinggalah kereta mencecah usia 10 tahun, Volkswagen Malaysia sangat komited dalam menjaga dan membaik pulih kereta untuk memastikan setiap pemilik Volkswagen merasai seperti membawa ‘kereta baharu’ tiap-tiap hari.

Setakat April 2022, Car Advisor menerima maklum balas positif daripada pemilik Volkswagen dengan mencatatkan penarafan 4.76 daripada 5 bintang dan angka tersebut semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Layanan VIP, dapat beri penjelasan sempurna, mampu membaik pulih pada masa ditetapkan merupakan antara pengalaman-pengalaman baik yang dirasai sendiri oleh pemilik kereta semasa membuat penyelenggaraan di pusat servis Volkswagen Malaysia yang sah.

Anda boleh baca sendiri feedback penuh yang dikongsikan oleh pemilik-pemilik Volkswagen dari seluruh Malaysia dengan klik pautan ini.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, anda boleh tonton filem pendek bagaimana sebuah model Volkswagen klasik boleh merapatkan hubungan seorang anak dengan bapanya dari satu generasi ke generasi baharu.

Filem Pendek Daripada Volkswagen Ini Berjaya Membuatkan Orang Ramai Menangis