Asyik ‘food hunting’ dan berjalan-jalan dalam pusat membeli-belah, apa kata anda lakukan aktiviti yang berbeza. Anda boleh menikmati pemandangan alam semula jadi dan menghirup udara segar di Forest Skywalk.

Untuk pengetahuan anda, Forest Skywalk atau lebih dikenali sebagai Jejantas Rimba akan dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 2020. Menariknya, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL dan Menara Telekom Malaysia dari menara tinjau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jejantas ini dibina menggunakan bahan aluminium dan guy wire. Malah, jejantas ini berukuran 15 hingga 50 meter tinggi serta 250 meter panjang. Forest Skywalk boleh menerima kunjungan 150 orang untuk setiap hari.

Waktu operasi Forest Skywalk ini adalah pada setiap Isnin hingga Ahad, jam 8.30 pagi hingga 4.30 pagi. Manakala, hari Jumaat waktu operasi adalah 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari dan bersambung semula pada jam 2.45 petang hingga 4.30 petang.

Menarik bukan? Bolehlah ajak rakan-rakan anda atau keluarga untuk melakukan aktiviti ini.

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan pada hujung minggu. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Setia Alam Community Trail, Lokasi ‘Hiking’ Pilihan Buat Warga Lembah Klang

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

5 Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur Yang Bagus Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Anda

Sumber