Keriang Hills semakin mendapat tempat di hati para pengunjung. Penawaran suasana sekitar yang mendamaikan serta rekaan rumahnya yang selesa membuatkan Keriang Hil menjadi pilihan buat para keluaraga serta kumpulan besar untuk menjayakan hari keluarga atau team building.

Keriang Hills yang terletak di kaki Gunung Keriang, Mukim Gunung Alor Star merupakan lokasi pelancongan yang dicadangkan kepada pelancong-pelancong yang mengunjungi Kedah kerana di sana terdapat 17 buah rumah kayu yang digelar ‘pondok’. Setiap pondok ini dinamakan mengikut mukim-mukim yang ada di negeri Kedah dan ianya didirikan sesuai dengan suasana kampung yang aman dan damai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, perjalanan ke lokasi tersebut bakal mengambil masa selama lima jam dan yang pastinya setibanya anda di Keriang Hill segala penat lelah ketika memandu selama lima jam akan hilang dengan begitu sahaja setelah anda melihat sendiri keindahan yang terdapat di Keriang Hill ini.

Pengurusan di Keriang Hill diambil alih oleh Keriang Hill Resort Sdn Bhd setelah Pelancongan Malaysia bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya pengurusan tersebut kepada pihak Keriang Hill Resort Sdn Bhd.

Sesampai sahaja anda di sana, anda boleh menginap di rumah yang digelar ‘pondok’ yang mempunyai harga yang berpatutan dan mengikut kemampuan kita. Pondok ini sangatlah selesa untuk didiami bersama keluarga mahupun rakan-rakan kerana disitu terdapat enam pondok single dan lapan pondok ‘family’ manakala dua lagi pondok tersebut dikhaskan untuk menyimpan replika dan turut dijadikan muzium mini yang menyimpan sebahagian kecil khazanah milik alhmarhum Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Badlishah.

Harga yang ditawarkan untuk pondok single adalah hanya RM200 sahaja yang boleh dihuni oleh 2 orang dewasa dan seorang kanak, yang telah dilengkapi dengan katil bersaiz ‘king’, penghawa dingin, televisyen, mini bar, radio, DVD player dan banyak lagi kemudahan yang disediakan untuk pondok single, manakala untuk pondok ‘family’ pula, ianya ditawarkan pada harga RM300 yang dilengkapi dengan dua katik bersaiz ‘queen’ dan kemudahan yang lain sama seperti pondok single juga.

1. Pondok Single

anak_bukit

anak_bukit1

anak_bukit2

anak_bukit4

2. Pondok ‘Family’

pondok_6

hall_kurung_hitam_4

bilik_kurung_hitam_12

toilet_kurung_hitam_5

Selain Keriang Resort, di Keriang Hill ini juga terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan oleh pengunjung iaitu memberi ikan makan di tasik yang bersebelahan dengan Restoran Puteri dan pengunjung juga boleh melihat sepasang angsa berwarna hitam yang berada di tasik dan sepasang burung merak yang di bela di dalam kandang.

Manakala, setiap penggemar gua dapat meluangkan masa mereka untuk menemui pelbagai gua yang ada di sekitar Keriang Hill seperti Gua Jutawan, Gua Tanduk Rusa, Gua Buaya, Gua Komunis, Gua Angin dan Gua Cepiar.

Semua gua ini mempunyai pelbagai struktur, pembentukan serta mitos dan sejarah tersendiri yang boleh dikatakan menarik jika anda datang kesini dalam lawatan yang berpandu. Sebagai contoh, sekiranya anda ke Gua Buaya, anda dapat melihat formasi batuan yang menyerupai bentuk buaya.

Jadi kesimpulannya disini, anda semua tidak perlu berfikir panjang untuk menginap di Keriang Hill kerana ianya merupakan destinasi pelancongan yang sesuai untuk individu yang telah penat bekerja yang memerlukan rehat dan melarikan diri untuk seketika daripada kehidupan di bandar yang penuh dengan kesesakan dan tekanan.