Sekiranya anda mencari sebuah pusat penginapan yang berdekatan di sekitar Kuala Lumpur untuk tujuan beristirehat di cuti hujung minggu, kami cadangkan anda untuk ke The Kabin yang terletak di Kuala Selangor. Lokasinya yang strategik kerana berdekatan dengan tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Selangor menjadikan The Kabin sebagai pusat penginapan yang ideal untuk anda dan insan tersayang.

The Kabin ] (9)

Mengambil inspirasi beberapa nama bandar di seluruh dunia, The Kabin telah menamakan bilik-bilik mereka mengikut jenis bilik yang ditawarkan. Antaranya adalah Rotterdam, bilik yang sesuai untuk 6 orang tetamu pada satu-satu masa, Shanghai yang boleh memuatkan 4 orang tetamu di dalamnya serta Durban, yang lebih eksklusif kerana menghadap pemandangan kolam renang ini pula sesuai untuk pasangan suami isteri.

The Kabin ] (7)

The Kabin ] (2)

Antara kemudahan yang disediakan di The Kabin untuk para tetamu adalah alat pendingin hawa, Wifi, bilik mandi dengan fungsi air panas, kelengkapan bilik air, TV dengan saluran satelit, seterika, balkoni dan juga meja makan. Selain itu, terdapat juga sebuah kolam renang yang disediakan untuk para pengunjung.

The Kabin ] (13)

The Kabin ] (1)

Tambahan lagi, anda berpeluang untuk melakukan beberapa aktiviti menarik sepanjang menginap di The Kabin. Antaranya ialah:

  • Berkunjung ke Pantai Remis
  • Melawat Bukit Melawati yang terdapat tinggalan sejarah di sana
  • Menyaksikan keindahan pemandangan beribu kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kampung Bukit Belimbing dan Pasir Penambang
  • Memancing di Pasir Penambang
  • Berpeluang memberikan makanan kepada kawanan burung helang
  • Bermain golf di Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan
  • Menyaksikan panorama menawan sawah padi di Tanjung Karang dan Sekinchan

The Kabin ] (5)

The Kabin ] (8)

Oh ya, tak sahlah kalau anda di Kuala Selangor tetapi tidak melaksanakan misi jalan-jalan cari makan! Ini kerana terdapat pelbagai restoran yang menawarkan sajian makanan yang enak lagi menyelerakan di kawasan sekitar pusat penginapan tersebut seperti:

  • Restoran Ikan Bakar Aroma
  • Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram
  • Sungai Sembilang Klasik Enterprise Asam Pedas (Kedai Atok)
  • Kedai Kopi Shin Lok
  • Restoran Mee Udang Banjir
  • Riverview Seafood Restaurant
  • Restoran Udang Galah

The Kabin ] (12)

The Kabin ] (15)

The Kabin ] (10)

The Kabin terletak di Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-32640578 atau 017-6783825. Anda juga boleh layari laman Facebook The Kabin.

Terima kasih kepada Seng Chee Photography kerana membenarkan kami menggunakan hasil karya kreatif beliau.