Thailand merupakan antara destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia. Mesti ada daripada anda yang sudah terbayang kecantikan pulau, tempat membeli-belah dan juga pelbagai jenis makanan di Thailand.

Berikutan penularan wabak COVID-19, pastinya percutian anda ke Thailand tahun ini terpaksa dibatalkan. Jangan bersedih, gunakan peluang ini untuk anda rancang perjalanan ke Bangkok, Thailand dari Singapura menaiki keretapi mewah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mesti anda tertanya-tanya, betul ke ada keretapi terus ke Bangkok, Thailand dari Singapura? Apa kata ikuti perkongsian pengguna Twitter @Akram_Haruka1 tentang keretapi mewah Eastern & Oriental Express dengan perjalanan selama 3 hari 2 malam dalam keretapi ke Bangkok, Thailand.

Untuk pengetahuan anda, Eastern & Oriental Express ini hanya beroperasi dengan kekerapan 2 hingga 4 kali sebulan sahaja. Menariknya, keretapi mewah ini bertaraf 5 bintang dan anda pasti selesa sepanjang perjalanan anda ke destinasi anda.

Rekaan dalaman dan luaran Eastern & Oriental Express ini tampil klasik dan mewah. Walaupun ia kelihatan klasik tetapi anda akan selesa kerana terdapat penghawa dingin dalam keretapi.

126c

belmond-pullman-cabin-1024×768

https://www.instagram.com/p/BlAP5Pml5FM/

https://www.instagram.com/p/B7RGHhzlvwZ/

Difahamkan terdapat 3 jenis kabin yang anda boleh pilih iaitu Pullmans, Staterooms dan Presidential Suite. Setiap kabin hadir dengan katil, sofa dan bilik air tetapi saiz setiap jenis kabin berbeza.

Lebih menarik, keretapi ini memiliki 3 gerabak untuk anda nikmati makanan anda dan anda juga boleh tempah meja makan anda ketika anda beli tiket perjalanan. Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan dan menghirup udara luar sepanjang perjalanan di gerabak ‘The Observation’ kerana ia berkonsepkan open air.

c2d9

b9f2

10-eastern-and-oriental-express-tour-through-northern-thailand

17da

fccd

Bagi anda yang ingin nikmati waktu minum petang anda dengan secawan kopi dan bersantai, anda boleh ke gerabak ‘Observation Car Lounge’. Manakala anda yang ingin baca buku di perpustakaan, atau membeli cenderamata, anda boleh ke gerabak ‘Saloon Car with Reading Room & Boutique’.

Lihat sahaja sudah terasa seronok, bukan? Harga tiket keretapi Eastern & Oriental Express termasuk makan dan minum bermula dari $2,700 (~RM11,784) dan boleh mencecah hingga $7,800 (~RM34,320) seorang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Eastern & Oriental Express dan terdapat pelbagai pakej yang anda boleh ambil sama ada dari Singapura atau dari Kuala Lumpur.

Jika anda inginkan pengalaman yang berbeza dan berkemampuan untuk merasai perjalanan cukup mewah ini, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mencuba menaiki keretapi Eastern & Oriental Express ini.

Sementara itu, jika anda ‘craving’ pancake pisang di Thailand, apa kata buat sendiri di rumah dengan ikuti resipi pada pautan di bawah ini.

Resipi Pancake Pisang Ala ‘Street Food’ Thailand Yang Lazat Dan Mudah Ini Raih 6.9K Retweets

Lelaki Ini Kongsi Tip DIY Dan Itinerari Ke Bangkok 4 Hari 3 Malam Menaiki Keretapi

6 Strategi Berjimat Sewaktu Travel Di Bangkok, Thailand