Siapa sangka dalam koleksi jam tangan milik Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ), terselit sebuah model G-Shock yang kini menjadi rebutan collector G-Shock dan juga penyokong kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Model berkenaan adalah G-Shock GA-2100. Model GA-2100 ini merupakan model baharu yang diperkenalkan oleh Casio pada September 2019. Walaupun sebelum Tunku Ismail menyarung jam tangan ini, model ini sudah sold out dan sukar untuk didapati di butik rasmi Casio.

‘Solid Black’ adalah warna paling dicari oleh peminat G-Shock berbanding warna yang lain. Rekaan jam tangan ini yang berbentuk oktagon turut disamakan dengan rekaan jam tangan mewah seperti Audemars Piguet oleh collector antarabangsa.

Harga pasaran untuk model ini adalah USD99 (~RM431) tetapi sekiranya anda mahu membelinya pada ketika ini, ia mungkin dijual sekitar harga RM800-RM900. Andai anda mahu membeli jam ini menerusi laman Discovery Japan, anda perlu membayar RM1,436 (tidak termasuk kos pengeposan dari Jepun).

Hati-hati jika anda mahu membeli model ini di Lazada atau Shopee kerana yang murah itu biasanya fake. Untuk yang asli, salah satu penjual yang menjual pada harga pasaran adalah di sini. Jika nasib anda baik, model ini masih boleh dibeli pada harga RM499 sahaja.

Model ini memang nampak kacak dan mahal apabila disarungkan di pergelangan tangan. Atas faktor itu model ini sentiasa sold out di merata tempat. Secara alternatif, anda juga boleh membelinya menerusi trusted seller G-Shock di Instagram antaranya gshockpulaupinang dan iShock.

Berikut merupakan artikel lain berkaitan G-Shock dan Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Baca lagi pada pautan di bawah.

TMJ Kurniakan Jam Tangan Rolex Buat Pemain Dan Staf JDT

G-Shock Lancar Utility Series Buat Peminat Gaya ‘Military’

TMJ Pemilik Sebenar Istana Dalam ‘Crazy Rich Asians’ Yang Bernilai RM14 Bilion