Siapa sangka bermula dengan hanya menawarkan platform untuk orang ramai menjual sneaker secara resell berjaya membuatkan StockX kini bernilai $1 bilion (RM4.14 bilion) selepas tiga tahun dilancarkan.

Syarikat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘The Stock Market of Things’ ini melihat trend penjualan semula kasut semakin mendapat tempat dikalangan peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula daripada saat itu, StockX turut menawarkan sesuatu yang unik yang tidak ditawarkan pada platform lain iaitu mengenal pasti kutelenan sneaker yang diterima pengguna.

stockx-complexcon-2017-09
Sumber: StockX
stockx-complexcon-2017-03
Sumber: StockX

Lebih menarik, syarikat ini turut mengumumkan dimana mereka baru sahaja menerima dana sebanyak $110 juta (RM455.59 juta) daripada beberapa syarikat terkemuka. Selain itu, StockX kini turut membuka kedai fizikal di Amerika Syarikat bagi memudahkan para peminat sneaker mendapatkannya.

Untuk pengetahuan anda, platform ini kini turut menwarkan pelbagai barangan melibatkan jam tangan serta streetwear. Buat anda yang sedang mencari sneaker idaman anda, mungkin StockX boleh membantu anda.