Pengurup wang di Singapura menyaksikan lonjakan orang yang beratur untuk membeli ringgit Malaysia selepas nilai mata wang itu terus lemah berbanding dolar Singapura, lapor Channel News Asia.

Dolar mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada S$3.17 berbanding ringgit semalam, dengan beberapa kedai pengurup wang difahamkan kehabisan stok mata wang Malaysia.

Dengan dua negara kini sedang beralih ke fasa endemik dan terkesan dengan wabak COVID-19, dilaporkan bahawa kadar pertukaran semasa mengatasi paras tertinggi sebelum ini iaitu S$3.16 kepada satu ringgit.

Akibat daripada kesan ini, barisan panjang terbentuk di beberapa lokasi di tengah kota Singapura bermula sejak petang semalam.

Sekurang-kurangnya tujuh cawangan yang beroperasi di pejabat dan menara runcit The Arcade kehabisan mata wang Malaysia menjelang petang.

Beberapa pengurup wang pula mendakwa permintaan terhadap ringgit sebenarnya sudah mula meningkat sejak minggu lalu dan kemuncaknya adalah semalam.

Bagi pengurup wang yang masih mempunyai stok ringgit, dilaporkan terdapat pelanggan yang mahu menukar sehingga S$4,000 (RM12,696).

“Saya tiada stok lagi. Baru habis hari ini,” kata seorang pekerja di Hasan Trading Money Exchange, yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail.

“Cuti semakin tiba, sebab itu orang ramai membeli ringgit. Hari Raya juga sangat penting,” katanya sambil menyatakan pembukaan semula sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Ini kesan jika kerajaan gagal kawal pencetakan wang ringgit yang perlu anda tahu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ini Kesan Jika Kerajaan Gagal Kawal Pencetakan Wang Ringgit Yang Perlu Anda Tahu