Semasa delegasi Indonesia datang berjumpa dengan pemilik persendirian Twitter yang baharu, Elon Musk pada baru-baru ini, mereka telah menghadiahkan manusia terkaya dunia itu dengan Kopiko, gula-gula berperisa kopi yang cukup terkenal di rantau Asia.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh akaun Instagram @dagelan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan telah memberikan satu pek Kopiko kepada Elon Musk setelah perbincangan antara mereka telah selesai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ini ialah gula-gula kopi, Kopiko,” kata Luhut kepada Elon Musk yang sedang membuka pek gula-gula tersebut.

“Ada apa-apa lagi dari Indonesia yang saya boleh rasa?” seloroh Elon Musk sambil memasukkan Kopiko ke dalam mulutnya.

Sejurus merasainya buat kali pertama, Elon Musk mengucapkan ‘Very Good‘ sambil mengangkat kedua-dua tangan menunjukkan thumbs up sebagai tanda gula-gula Kopiko itu sedap.

Perkongsian video itu telah membuatkan warganet dari Indonesia yang berasa bangga apabila melihat manusia yang mempunyai kekayaan USD264.6 bilion itu merasai kesedapan gula-gula berperisa kopi kebanggaan negara mereka.

Sumber Gambar: Instagram Dagelan

Untuk makluman semua, jenama Kopiko ini dimiliki oleh PT Mayora Indah Tbk, lebih dikenali sebagai Mayora. Ia sebuah syarikat makanan dan minuman Indonesia yang ditubuhkan pada 17 Februari 1977. Syarikat itu diiktiraf sebagai pengeluar gula-gula kopi terbesar di dunia melalui jenama Kopiko.

Saham Mayora dilaporkan telah meningkat seketika sejurus rakaman gambar dan video Elon Musk memakan Kopiko mula tular di media sosial pada hari semalam.

Dengan jumlah pengikut Twitter @elonmusk yang sudah mencecah 89.5 juta, sedikit sebanyak aksi Elon Musk itu memberikan impak sebagai antara pemasaran produk paling santai pada tahun ini.

Sumber Gambar: Facebook Nick Tan

Baca reaksi netizen apabila melihat Elon Musk seperti ‘baru bangun tidur’ apabila menerima kunjungan delegasi dari Indonesia ke ibu pejabat Tesla Gigafactory pada baru-baru ini.

Macam Baru Bangun Tidur, Penampilan Elon Musk Jumpa Delegasi Indonesia Curi Tumpuan

Bagaimana Satu ‘Tweet’ Dari Elon Musk, Mampu Beri Untung Berbilion Dolar Kepada Syarikat Ini

Gula-Gula Kegemaran Rakyat Malaysia Muncul Dalam Drama Vincenzo Curi Perhatian Ramai

Sumber