Seringkali kita melihat syarikat yang menerima suntikan dana melibatkan puluhan bilion lebih mudah untuk mengembangkan bisnes mereka berbekalkan modal yang ada.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila syarikat WeWork yang sebelum ini pernah menerima dana daripada Softbank terpaksa menurunkan nilai syarikat mereka yang sebelum ini bernilai $42 bilion (RM196.35 bilion) kepada $10 bilion (RM41.78 bilion) dalam jangka masa 10 bulan bermula Januari 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, syarikat ini berjaya memaparkan keuntungan yang memberangsangkan sejak 2016 sehingga 2018 dengan jumlah keuntungan bersih bernilai $1.82 bilion (RM7.61 bilion). Hal ini sekaligus membuatkan syarikati ini mudah menerima pelaburan daripada beberapa syarikat.

download
Sumber: reutersmedia

Melalui pelaburan yang diterima termasuk daripada Softbank, WeWork sudah berjaya melebarkan jumlah penawaran ruangan co-working mereka kepada 520 tempat seluruh dunia serta mengumpul sebanyak 527,000 langganan dariapda orang ramai.

Kejayaan syarikat ini diteruskan lagi pada enam bulan pertama tahun ini apabila WeWork berjaya mengumpul sebanyak $1.54 bilion (RM6.44 bilion) sekaligus membuatkan syarikat ini optimis untuk melancarkan IPO seawal bulan hadapan.

Langit tidak selalu cerah, disebalik keuntungan yang diterima sebelum ini syarikat ini terpaksa menanggung rugi sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila berlaku konflik dalaman syarikat melibatkan pengasas dan CEO syarikat ini, Adam Neumann.

WeWork India. Sumber: Linkedin

Selain itu, usaha melebarkan jaringan mereka dilihat gagal di beberapa tempat selepas beberapa ruangan co-working gagal mendapat keuntungan seperti yang diharapkan. Jumlah pelanggan yang menggunakan servis mereka yang rendah berdasarkan jumlah yang dilaburkan membuatkan syarikat ini kini dalam masalah.

Menilai daripada laporan kewangan semasa, WeWork yang sebelum ini bernilai $42 bilion (RM196.35 bilion) terpaksa diturunkan nilainya kepada $10 bilion (RM41.78 bilion) untuk disenaraikan di IPO. Keyakinan pelabur untuk melabur kepada syarikat ini sejak akhir-akhir ini juga dilaporkan semakin berkurangan. Pastinya syarikat ini memerlukan magis baru untuk mengembalikan kepercayaan pelabur serta menarik orang ramai menggunakan servis mereka.

Berminat dengan artikel bisnes melibatkan IPO? Kami kongsikan kepada beberapa lagi syarikat lain yang turut terlibat dengan IPO. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Nasi Kandar Pelita Dalam Perancangan Tawar IPO Awal Tahun Hadapan

Mr D.I.Y. Bersedia Untuk Memasuki IPO Dengan Nilai RM1.5 Bilion

Xiaomi Bersedia Untuk Memasuki IPO Dengan Nilai RM39.3 Bilion

Sumber