Umum tahu, Modenas selaku jenama motosikal tempatan telah menjalin kerjasama bersama syarikat automotif terkemuka iaitu Kawasaki Heavy Industries bagi menguasai pasaran motosikal tempatan.

Kerjasama ini nampaknya sudah mulai melangkah ke fasa seterusnya dimana Modenas baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model baharu di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Model yang dilancarkan pada kali ini adalah Kawasaki 250 SE ABS yang juga merupakan model superbike pertama daripada Modenas. Lebih menarik, model keluaran Modenas ini dilaporkan lebih baik berbanding Kawasaki 250 SE dengan kehadiran sistem brek ABS.

IMG_3187
Sumber: imotorbike
IMG_3203
imotorbike

Modenas Ninja 250 SE ini dikuasakan oleh enjin dua selinder yang menawarkan kuasa 37PS dan 23Nm tork. Enjin dengan piawaian Euro 4 antara yang digunakan pada model ini.

Difahamkan Modenas juga bakal melancarkan beberapa buah lagi model dengan hasil kerjasama dengan Kawasaki. Model Versys 250 antara yang dilaporkan bakal diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

Modenas nampaknya tidak menunggu dan mengambil tempoh yang lama setelah mengumumkan kerjasama pengeluaran motosikal untuk pasaran tempatan pada Januari lalu.

Modenas Sedia Lancar Beberapa Model Kawasaki Pada Tahun Ini

Petronas SRT Tidak Tolak Kemungkinan Bergabung Dengan Valentino Rossi Di MotoGP