Nintendo merealisasikan impian peminat tegar permainan video mereka yang hanya mampu terlantar di atas katil akibat kanser terminal. Keinginan Chris Taylor untuk bermain permainan video Super Smash Bros. Ultimate dalam menghabiskan sisa hidupnya disuarakan oleh sahabat beliau melalui perkongsian Tweet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tweet tersebut akhirnya mendapat perhatian pihak Nintendo Amerika yang akhirnya telah menghantar beberapa pegawai mereka ke rumah Chris dengan membawa demo permainan terbaharu tersebut. Jejaka berusia 21 tahun itu amat gembira kerana impiannya tercapai dan meluangkan masa selama 3 jam untuk bermain permainan video tersebut bersama rakan-rakannya.

Satu lagi Tweet dimuat naik oleh Chris yang menunjukkan beliau sedang bermain permainan video tersebut bersama rakan-rakannya. Tweet tersebut diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang menyertai kempen retweet untuk memberi kesempatan kepada beliau untuk menjadi orang pertama bermain permainan video tersebut.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!