Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut mengenai Nintendo mungkin ramai yang sudah mengenali jenama yang menghiasi zaman kanak-kanak 80-an dan 90-an dengan pilihan konsol mudah alih yang pelbagai.

Pada  dekad ini, Nintendo nampaknya berjaya mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap konsol mereka selepas penjualan Wii U yang hambar melalui konsol Nintendo Switch. Model ini bukan sahaja peningkatan pasaran saham Nintendo malah berjaya menjadi konsol terlaris di dunia pada tahun 2018 mengalahkan Sony PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: IGN

Disebalik penjualan yang tinggi, Nintendo nampaknya sudah mempunyai misi tersendiri mengenai hala tuju syarikat mereka. Menurut presiden Nintendo, mereka mungkin tidak lagi akan memfokus sepenuhnya kepada konsol pada masa akan datang.

Sebaliknya, Nintendo berminat untuk mengeluarkan lebih banyak game khusus buat telefon pintar. Difahamkan langkah ini dibuat seiring dengan jumlah pengguna telefon pintar yang tinggi sekaligus meningkatkan jumlah pemain sesebuah game tersebut. Nintendo juga berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak filem dan taman tema pada masa akan datang.

Sumber: My Nintendo News

Dalam pada itu, Nintendo masih lagi menjanjikan konsol terbaru dalam masa terdekat ini melalui model Nintendo Switch generasi terbaru. Buat para peminat permainan mudah alih atau Nintendo, mungkin ini model yang perlu anda dapatkan untuk mendapatkan permainan eksklusif daripada Nintendo.

Anda Mungkin Suka