Sejak pandemik tiba, dapat dilihat populariti konsol daripada Nintendo iaitu Switch kembali melonjak. Kehadiran beberapa game terbaru seperti Animal Crossing: New Horizons secara tidak langsung membuatkan pengguna konsol ini bertambah.

Terbaharu, sebagai usaha untuk menstabilkan pengeluarkan berikutan perang dagang antara Amerika Syarikat, Nintendo Co telah memilih Sharp Corp yang bertempat di Malaysia sebagai pengeluar terbaru konsol Nintendo Switch.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
https___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_200429151522-animal-crossing-game—stock
Sumber: CNN

Difahamkan pengeluar rasmi bagi Nintedo Switch adalah Foxconn Technology Group yang bertempat di China. Memandangkan Foxconn mempunyai saham dalam syarikat Sharp Corp, Nintendo berpeluang dihasilkan oleh syarikat Sharp Corp.

Pengeluaran Nintendo Switch di Malaysia sekaligus membuatkan Nintendo kini mempunyai tiga negara untuk menghasilkannya termasuk Vietnam dan China.

Melihatkan Nintedo Switch sedia dipasang di Malaysia, adakah pengguna di Malaysia bakal ditawarkan dengan konsol Nintendo Switch dengan harga yang lebih rendah selepas ini?

Ketahui juga mengenai konsol paling rare di dunia yang menggabungkan dua jenama konsol popular dunia iaitu Nintedo dan PlayStation.

Konsol Paling ‘Rare’ Di Dunia, Nintendo PlayStation Dibida Dengan Harga RM1.5 Juta

Nintendo Switch Lite, Model Terbaru Yang Lebih Ringan, Kecil Dan Mampu Milik

Sumber