Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, akhirnya Nintendo pada hari ini telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Nintendo Switch Lite. Sesuai dengan namanya model ini hadir dengan rekaan yang lebih kecil, ringan serta harga yang lebih rendah berbanding Nintendo Switch.

Dari segi saiz, Nintendo Switch Lite hadir dengan saiz skrin 5.5-inci berbanding skrin 6.2-inci Nintedo Switch. Dalam usaha menawarkan saiz yang lebih kecil, model ini telah disertakan dengan controller tetap yang tidak boleh dibuka. Menariknya disebalik saiznya yang kecil, model ini dilaporkan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nintendo-switch-lite

nintendo-switch-lite-1178108-1280×0

Buat masa terdekat ini cuma Nintendo Switch Lite cuma ditawarkan dengan beberapa warna terdiri daripada warna kuning, kelabu serta turquoise.

Sesuai dengan saiznya yang comel, Nintendo Switch Lite turut hadir dengan hadir dengan harga yang lebih rendah berbanding Nintendo Switch. Model terbaru ini bakal ditawarkan bermula September ini dengan harga $199.99 (RM827.06). Sekiranya anda kerap berada di luar serta sedang mencari konsol mudah alih, mungkin Nintedo Switch Lite bakal menjadi pilihan anda.

https://www.youtube.com/watch?v=jZOPC6J4fAA