Watch out Tesla, there’s a company ready to compete! Syarikat kereta baharu dari China, NextEV telah mengeluarkan produk pertama mereka, sebuah supercar elektrik EP9. EP9 memasuki segmen supercar dengan bergaya apabila model itu kini adalah pemegang rekod fastest lap time untuk sebuah supercar elektrik di litar Nürbhurgring Nordschliefe, Jerman.

Menariknya, EP9 berjaya mencecah kelajuan top speed 321KM/J di litar ini! memang berdesup lajunya kereta ini (0-100KM dalam 2.7 saat). EP9 bakal memberi tentangan sengit kepada model saingannya, Tesla P100D. Tesla dengan testimoninya menyatakan model P100D adalah kereta elektrik paling pantas di dunia apabila ianya berada di pasaran nanti. Namun, dengan pencapaian EP9 di litar Nürbhurgring, Tesla perlu membuktikan kenyataan mereka ini.

https://www.youtube.com/watch?v=fJD-Ip1meuE

EP9 ini bukan sahaja pantas, malah mempunyai sistem pengecasan hebat kerana hanya 45 minit diperlukan untuk mengisi ‘tangki penuh’. Satu pengesanan penuh membolehkan anda bergerak sejauh 400KM bergantung kepada pemanduan anda.

Tiada sebarang info mengenai harga jualan dan bila kereta ini akan berada di pasaran tetapi menurut info, hanya 6 unit akan disiapkan untuk tahun 2017. EP9 ini diharap menjadi pembuka mata kepada dunia bahawa pembuat kereta di China kini boleh menghasilkan kereta setaraf dengan pembuat kereta jenama antarabanga yang lain. Go EP9!

nio-ep9-fastest-electric-car-2

nio-ep9-fastest-electric-car-3

nio-ep9-fastest-electric-car-5

nio-ep9-fastest-electric-car-6

Sumber