Lama dinantikan peminat, akhirnya hari telah tiba di mana para peminat HUAWEI serta mereka yang mahu mendapatkan tablet berspesifikasi tinggi yang berbaloi berpeluang membuat pra-tempah HUAWEI MatePad Pro 11.

Model yang dilancarkan menampilkan keunikan tersendiri di samping spesifikasi hebat yang ditawarkan di mana model ini merupakan model tablet paling ringan dan ternipis bagi kategori tablet 11-inci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas mengenai paparan, model ini dilengkapkan dengan skrin 11-inci OOLED FullView Display2 beserta 120Hz refresh rate yang pastinya membuatkan pengalaman penggunaan model ini lebih menarik untuk digunakan.

HUAWEI MatePad Pro 11 juga disasarkan buat golongan yang kerap bekerja secara on the go. Beratnya yang sekadar 449 gram sahaja sekaligus membantu pengguna dalam menyelesaikan tugas dengan lancar tanpa perlu membawa kelengkapan komputer riba yang pastinya jauh lebih berat.

Bukan itu sahaja, model ini turut ditawarkan bersama dengan M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang bakal memudahkan tugas pengguna dalam menyelesaikan kerja seharian. Penawaran bateri berkapasiti 8,300mAh pastinya membantu pengguna dalam menawarkan tontonan video 1080p HD sehingga 11.5jam dan 8.5 jam pelayaran internet.

Berbincang mengenai harga, model ini berjaya ditawarkan dengan harga berbaloi iaitu RM2,999 bagi model 8GB RAM dan 128GB ruang storan beserta sokongan WiFi. Model yang ditawarkan bersama 8GB RAM dan 256GB ruang storan beserta sokongan LTE sedia ditawarkan pada harga RM3,699.

Lebih menarik, HUAWEI sedia menawarkan hadiah istimewa buat para pembeli dengan penawaran HUAWEI M-Pencil (2nd generation), HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan juga hadiah HMS dengan jumlah jumlah keseluruhan mencecah RM1,400. Serius berbaloi!

Para peminat berpeluang mendapatkan HUAWEI MatePad Pro 11 seawal 19 Ogos ini apabila sedia ditawarkan secara rasmi. Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MatePad Pro 11 dengan klik di sini.

Ketahui lebih lanjut mengenai komputer riba yang baru sahaja diperkenalkan HUAWEI baru-baru ini iaitu HUAWEI MateBook D16 yang sesuai dijadikan pilihan buat golongan bekerja.

Dilengkapi Skrin Besar Dan Ringan, HUAWEI MateBook D16 Jadi Pilihan Golongan Bekerja

9 Produk Terbaru Yang Diumumkan Sempena Pelancaran HUAWEI APAC Smart Office