Mulai melancarkan siri HUAWEI MatePad Pro pada tahun 2019, jenama ini nampkanya telah meneruskan siri ini dengan melancarkan model terbaru mereka iaitu HUAWEI MatePad Pro 11.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Model yang dilancarkan pada kali ini, dilihat sedia menampung segala kekurangan yang tersedia pada model sebelum ini dalam menawarkan pakej lengkap buat para pengguna.

Kami juga sempat mencuba HUAWEI MatePad Pro 11 selama dua minggu dalam mengetahui lebih lanjut sejauh manakah perubahan yang ditawarkan HUAWEI dalam menarik perhatian pengguna tablet dalam mendapatkan model ini. Berikut merupakan review penuh kami mengenai HUAWEI MatePad Pro 11.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Rekaan dan skrin

Mengulas mengenai paparan, kami berpuas hati dengan paparan yang ditawarkan. Penawaran skrin 11-inci yang dilengkapkan boleh dikatakan tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Hal ini berjaya ditawarkan menerusi paparan OLED FullView Display manakala 120Hz refresh rate yang dilengkapkan sekaligus membuatkan pengalaman model ini lebih menarik.

Sokongan kecerahan sehingga 600nits sekaligus membuatkan kami tidak mengalami sebarang masalah dalam menggunakan model ini meskipun pada keadaan cahaya malap mahupun terang.

Lebih menarik, HUAWEI berjaya menawarkan segala pakej yang tersedia pada model ini dengan saiz yang nipis dan ringan. Sebagai rekod, HUAWEI MatePad Pro 11 sekadar mempunyai berat serendah 449 gram dengan ketebalan 5.9mm sahaja.

Spesifikasi dan prestasi

HUAWEI MatePad Pro 11 hadir dengan penggunaan processor Qualcomm® Snapdragon™ 888 serta dibantu oleh sokongan RAM 8GB. Model ini hadir dengan dua variasi berbeza mengikut ruang storan iaitu 128GB dan 256GB.

Berdasarkan penggunaan, kami tidak mengalami sebarang masalah dalam menjalankan tugas menggunakan HUAWEI MatePad Pro 11. Segalanya sangat lancar dan pantas.

Dikuasakan oleh Harmony OS 3.0 serta HUAWEI Mobile Services, kami tidak mengalami sebarang kekangan dalam melakukan tugas. HUAWEI Store yang melengkapkan lebih 50,000 aplikasi antara yang memudahkan pengguna.

Mengulas mengenai kamera, kami sangat suka dengan kedudukan kamera hadapan model ini yang sekaligus membuatkan pengalaman penggunaan model ini tidak terhalang. Pada bahagian belakang pula, model ini dua kamera dengan sensor 13-megapixel dan 8-megapixel.

Kualiti yang ditawarkan pada kedua-dua model ini mungkin bukan yang terbaik namun masih mampu dalam membantu pengguna khususnya mereka yang kerap menjalankan panggilan video pada sesebuah tablet.

HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil

Menariknya, menerusi pembelian HUAWEI MatePad Pro 11, para pengguna turut dilengkapkan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil yang ditawarkan secara percuma. Sebuah idea yang menarik daripada HUAWEI di mana para pengguna tidak perlu berbelanja lebih sehingga ribuan ringgit dalam mendapatkan aksesori peranti yang dibeli.

Seperti namanya, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard menghubungkan tablet bersama paparan kekunci mudah alih ini dengan mudah. Selain rekaannya yang nipis, pengalaman menaip pada HUAWEI Smart Magnetic Keyboard juga amat selesa berbanding dengan papan kekunci lain tersedia di pasaran untuk kegunaan tablet.

Sebuah lagi aksesori yang ditawarkan bersama iaitu HUAWEI M-Pencil (2nd generation) membantu pengguna dalam menulis, melukis atau menyerlahkan kreativiti dengan mudah pada HUAWEI MatePad Pro 11 ini. Berdasarkan percubaan, dapat kami sahkan HUAWEI M-Pencil sangat mudah dihubungkan dan mempunyai ketepatan menulis yang baik pada model ini.

Adakah berbaloi?

Berbincang mengenai harga, model ini berjaya ditawarkan dengan harga berbaloi iaitu RM2,999 bagi model 8GB RAM dan 128GB ruang storan beserta sokongan WiFi. Model yang ditawarkan bersama 8GB RAM dan 256GB ruang storan beserta sokongan LTE sedia ditawarkan pada harga RM3,699.

Meskipun ditawarkan pada harga yang premium bersesuaian dengan spesifikasi yang ditawarkan, para pengguna berpeluang berjimat sehingga RM1,400 menerusi penawaran aksesori yang ditawarkan percuma seperti HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil (2nd generation). Bukan itu sahaja, HUAWEI turut menawarkan hadiah HMS khusus buat para pembeli. Berbaloi bukan?

Para peminat berpeluang mendapatkan HUAWEI MatePad Pro 11 seawal 19 Ogos ini apabila sedia ditawarkan secara rasmi. Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MatePad Pro 11 dengan klik di sini.

Ikuti juga review penuh kami mengenai sebuah lagi model yang baru sahaja dilancarkan HUAWEI baru-baru ini iaitu HUAWEI MateBook D16.

Dilengkapi Skrin Besar Dan Ringan, HUAWEI MateBook D16 Jadi Pilihan Golongan Bekerja

Lebih Nipis Dan Ringan, HUAWEI Bakal Tawarkan MatePad 11 Pro Pada 19 Ogos Ini