Kereta Nissan 350Z yang dipandu oleh Raja Drift, Takashi dalam ‘The Fast & Furious: Tokyo Drift’ boleh menjadi milik anda apabila dijual di AutoTrader pada harga $134,222 (~RM547,558).

Harga itu merupakan lima kali ganda harga asal 350Z stok tahun 2002 dan juga harga sebiji Porsche 911 baru sebelum masuk Malaysia.

Nissan 350Z itu dipercayai salah satu daripada dua model yang selamat daripada penggambaran filem lumba kereta itu dan juga kereta utama yang dipakai untuk babak drift. Ia juga dilengkapi dengan aksesori penambahbaikan prestasi seperti carbon fiber spoiler, tempat duduk Sparco, 19 inci rim Veilside termasuk enjin APS twin-turbo. Dari segi luaran, 350Z ini masih mengekalkan seni grafik asal dan didaftarkan sebagai ‘baru’ empat tahun lepas. Kereta ini dijual oleh seorang pengumpul yang membeli kereta 350Z ini daripada Universal Pictures selepas filem Tokyo Drift ditayangkan pada 2006.

Tonton 350Z drift di ruang parkir bangunan dalam filem Tokyo Drift di atas dan lihat listing jualan di sini

fast-and-furious-tokyo-drift-nissan-350z-3

fast-and-furious-tokyo-drift-nissan-350z-5

fast-and-furious-tokyo-drift-nissan-350z-0-1

fast-and-furious-tokyo-drift-nissan-350z-1

fast-and-furious-tokyo-drift-nissan-350z-7

fast-and-furious-tokyo-drift-nissan-350z-6

fast-and-furious-tokyo-drift-nissan-350z-4

nissa-350z-tokyo-drift-18

fast-and-furious-tokyo-drift-nissan-350z-8