Setelah hampir tujuh tahun Nissan Almera ditawarkan di Malaysia, model ini nampaknya bakal tampil dengan generasi terbaru sempena tahun 2020. Model yang dikenali sebagai kereta sedan bukan nasional mampu milik ini nampaknya bakal meneruskan trend yang sama menerusi generasi terbaru ini.

Pada kali ini Nissan nampaknya tampil dengan rekaannya yang serba baru dan moden menepati dengan ciri pengguna masa kini. Jika sebelum ini sering dilabelkan kurang menarik dan tidak sporty, Nissan nampaknya berjaya menawarkan kemas kini yang lebih baik pada generasi terbaru Almera ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
75394238_1433773346779247_8419908377328484352_o
Sumber: Facebook Nissan Almera Club (Malaysia)
70424498_1433773293445919_3171474099851493376_o
Sumber: Facebook Nissan Almera Club (Malaysia)

Bukan sahaja kemasan luar yang diberi perhatian, Nissan turut menawarkan enjin terbaru buat Nissan Almera dengan penyertaan enjin 1.0 liter yang mampu menjana 100 PS dan 152 Nm tork.

Jika dilihat daripada harga yang diperkenalkan Tan Chong Motor sebelum ini, harga yang ditawarkan pada Nissan Almera jauh lebih rendah berbanding pesaing terdekat mereka iaitu Honda dan Toyota.

75593837_1435722283251020_5809686159743254528_o
Sumber: Facebook Nissan Almera Club (Malaysia)
75412092_1433773146779267_8531979828021166080_o
Sumber: Facebook Nissan Almera Club (Malaysia)

Memandangkan Honda City generasi terbaru juga bakal turut menyertakan enjin 1.0 turbo, pastinya agak menarik untuk menyaksikan model manakah yang lebih menjadi pilihan pengguna khususnya anak muda.

Sesuatu yang mengejutkan ramai apabila Nissan GT-R versi terbaru mungkin akan ditawarkan dengan versi hybrid atau elektrik sepenuhnya. Selain itu, siri legend 370Z Roadster juga bakal ditamatkan Nissan.

Nissan GT-R Versi Terbaru Mungkin Hadir Dengan Versi ‘Hybrid’ Atau Elektrik Sepenuhnya

Nissan Bakal Tamatkan Pengeluaran 370Z Roadster Menjelang 2020